Saturday, October 31, 2009

SekOlah PertaMa ku BertugaS...!!

Perjalanan ku Seminggu yang lalu...

26/ oktober / 2009
TEMPAT - PPD KINTA UTARA - IPOH
AKTIVITI - TAKLIMAT PENEMPATAN & PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN (Negeri PERAK )
MASA - 8.30 - 3 PTG

-7 pagi
Bertolak dari rumah , pada awalnya aku x yakin yang aku leh cari ppd kinta ni.. tapi aku redah jerla... wat2 tau... akhirnya berpandukan google earth map yang diprint.. aku berjaya sampai ngan selamatnya kul 8.10.
Sampai ja kat sana.. aku tgok ramai gak ibu bapa yang datang... hum aku pikir mesti yang bawak ibubapa nih datang dari jauh.. maksud aku negeri2 lain. Mesti mak n abah diorang bangga.. huhuhu
Tengok kiri n kanan.. hum.. xder sapa pun yang aku kenai. Aku malas nak kuar kete.. dok lepak dalam sambil layan lagu.. huhuh .. xlama pastuh... jumpa gak kengkawan yang lain.. tapi bukan geng2 rapat aku.. yang ni geng2 yang aku jumpa masa temuduga kat PKG Manjoi ari tuh...

- kul8.30.. "Pendaftaran"
Aku pun mendaftarkan diri dengan jayanya.. pastuh baru aku terjumpa kawan2 eVo ku... huhuhu best giler.. dah lama x jumpa kengkawan.. macam2 kami berborak...
pastuh ada taklimat dari p.pengarah pelajaran Perak...

-REhat-

Masa rehat nih.. diorang akan bagitau kat daerah mana kami akan dipostingkan .. cari dok cari.. "KERIAN".. hohohoh gumbira x terkira aku.. balik tempat sendiri.. hum save skit.. n leh la aku KawEn awal.. hahahha walaupun masih ternanti2 sekolah mana ler aku bertugas nih...

-Akhirnya-

dok tunggu punya tunggu.. akhirnya kami di bahgikan ikut daerah ... masa tuh yang bagi surat tu penolong PPD daerah ... suma dok berebut.. yerla.. nak tau awal sekolah mana kami dapat.. huhuhu aku malas nak gi berebut2... aku amik last sekali.. masa amik surat tu.. wakil ppd pun ucapkan tahniah.. dia kata sekolah ni dah lama mintak guru sains sukan... atas permintaan itu aku dipostingkan disana... huhuhuhu

akhirnya - teka teki sudah terjawab....

SEKARANG AKU SEDANG BERORENTASI DI SEKOLAH SELAMA 3 MINGGU... HOHOHOHO.. MOGA SUMANYA OWK....

Tuesday, October 6, 2009

Cerita Tentang Hujan



Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung,maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.” (Al Qur’an, 24:43)



Hujan yang melanda 2/3 ari ni memang sungguh lama serta lebat.... Ini mungkin tempias akibat daripada perubahan cuaca dan telah mengakibatkan Gempa bumi serta Ribut Taufan melanda negara tetangga kita seperti Indonesia , Philiphine.

Namun , apa cerita disebalik hujan ini...??? ada yang mengeluh " mengapa hujan turun, susah nak buat kerja kalau hujan turun nie..." " abih baju lembab.. x dan nak kering,, " " ish macam2 la... tetapi mengapa kita tidak bersyukur.. HUjan adalah satu nikmat dari tuhan. yang jarang skali disyukuri bagi insan2 yg duduk dalam iklim lembapppp Malaysia nih.. ye la, slalu trima hujan aja, kalau orang Arab, ntah2 hepi bebeno kalau dpt hujan, orang Msia mesti pelik sakan nengok kehepian orang Arab..

Apa bila nikmat Allah ditarik seketika, kita akan terasa satu kehilangan yg sgt berhara, baru kita nak sedar kepentingan hujan, baru nak sedar ape jadi bila takde hujan. pokok2 tepi jalan semua kering dan layu(kalau anda jenis yg melihat alam), badan mula panas, bibir kekeringan, bahang di waktu malam.. macam2 la

P/s Apo2 pun pikir la sendiri...

.....SUASANA DIRUMAHKU....





> (ikan sepat sebesar tapak tangan )

Thursday, October 1, 2009

Prinsip Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira



Prinsip Pertama:

Selagi kita tidak menyakitkan hati seseorang, itu maknanya kita belum melakukan perkara yang betul.

Itulah hakikatnya. Pasti ada orang yang akan sakit hati dengan perbuatan kita, walaupun kita melakukan perkara yang betul. Contohnya, apabila kita tegur kawan kita yang suka kentut di merata-rata tempat;

“Eh, pengotor la kau ni. Dah la busuk, bunyi kentut pun hodoh. ”

Silap gaya, rakan kita itu pasti akan terasa hati.

Ye la, mana ada orang yang akan suka kalau kita menegur kesalahan mereka, kan?

Jadi, apabila ada orang yang sakit hati dengan perbuatan kita, itulah tandanya kita telah melakukan perkara yang betul.

AMARAN: Prinsip ini hanya boleh diguna pakai jika yang sakit hati hanya seorang dua, atau pun golongan yang tertentu sahaja. Tapi, jika terlalu ramai yang terasa hati dengan perbuatan kita, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita.

Yang penting, perbuatan kita itu perlu betul, kena pula dengan tempat dan masanya. Pastikan juga perbuatan kita itu, tidak menyalahi undang-undang dan agama.

Prinsip Kedua:

Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang pada setiap masa, dan jangan sesekali cuba untuk melakukannya. Itu adalah perkara yang mustahil.

Percayalah, jika kau cuba juga untuk memuaskan hati semua orang pada setiap masa, maka yang merananya adalah kau.

Kalau kita fikir yang kita sudah melakukan benda yang betul, maka teruskanlah. Jangan peduli dengan suara-suara sumbang atau jelingan juling daripada orang lain.

Tidak semua orang akan suka dan berpuas hati dengan apa yang kita buat. Tidak semua faham dengan apa yang kita mahukan. Kita pun begitu juga, kan?

Jadi, apa nak peduli? Masing-masing punya hal la.

Prinsip Ketiga:

Buatlah apa-apa sekali pun yang kita suka. Yang penting, kita gembira.

Sesungguhnya kita berhak untuk gembira. Hidup ini hanya sementara, kenapa perlu berduka

SENYUMANMU



Indah matamu derai rambutmu
Menunjukkan itulah keindahan yang memberikan
Bentuk senyuman sebentuk usapan
Kepada hati

Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyamanku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa semuanya sirna
Tanpa cinta

Kutemukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang kucari

Kau bukanlah cantik mu yang kucari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tau mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tau yang kutunggu hanyalah senyummu

Sinar wajahmu lembut katamu
Seperti nyamanku menggubah dunia
Kian terasa begitu hampa semuanya sirna
Tanpa cinta

Kutemukan arti kerinduan
Dan ku mengerti yang kucari

Kau bukanlah cantikmu yang kucari
Bukanlah itu yang aku nanti
Tetapi ketulusan hati yang abadi
Ku tau mawar tak seindah dirimu
Awan tak seteduh tatapanmu tetapi
Ku tau yang kutunggu hanyalah senyummu


p/s ... 13 dicember 2002 tarikh keramat bagi aku..kerana tarikh itu telah merubah hidup ku.. hingga kini dan aku berharap selamanya...

Saturday, August 22, 2009

PUASA

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua umat Islam yang berkuasa tanpa mengira lelaki, perempuan, tua ataupun muda sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ketiga. Di samping menunaikan ibadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan harapan ganjaran yang dijanjikan, melalui puasa individu muslim itu akan mendapat kekuatan spiritual dan latihan disiplin diri terhadap tuntutan nafsu.

Meskipun setiap orang berkewajipan menunaikan puasa dan janji-janji lipatan pahala Allah adalah besar, namun Islam memberi kelonggaran bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya. Di dalam ayat 184, surah al-Baqarah, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “sesiapa daripada kamu yang sakit ataupun dalam perjalanan (musafir), bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang dibuka pada hari yang lain.”

Ayat di atas merupakan nas yang jelas tentang kekecualian yang diberikan terhadap orang-orang tertentu seperti para musafir dan orang sakit. Kekecualian seperti ini tidak harus digunakan bagi kepentingan peribadi dan duniawi. Bahkan mereka yang berupaya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan cara berpuasa pada hari yang lain. Hanya bagi yang tidak berupaya langsung dibenarkan membayar fidyah.

Artikel ini sekadar membicarakan beberapa isu berkaitan masalah kesihatan dan penjagaannya dalam mengharungi bulan puasa agar kita dapat menyempurnakan ibadat yang mulia ini dengan baik. Terlebih dahulu ada baiknya kita bicarakan beberapa perkara berkaitan dengan rawatan, khususnya dalam perubatan moden.

Bagi penyakit akut, yang kadang-kadang datang dengan tiba-tiba dan memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara oral, wajarlah pesakit mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsi. Pesakit harus berbuka puasa sekiranya dengan berpuasa ia boleh menimbulkan komplikasi yang tidak diingini. Di antara penyakit-penyakit akut yang dimaksudkan ialah demam, batuk, sakit kepala, sakit perut dan seumpamanya.

Bagaimanapun, adalah baik sekali seandainya doktor perubatan boleh mengatur waktu supaya pesakit boleh terus berpuasa dan mengambil ubat di waktu berbuka atau sebelum imsak. Tetapi janganlah dengan sebab berpuasa menyebabkan penyakit pesakit menjadi lambat sembuh. Jikalau puasa mengganggu proses ke arah kesembuhan ataupun keadaan boleh memudaratkan si pesakit, pesakit harus mengambil ubat mengikut jadual dan menggantikan puasa di bulan yang lain.

Ada pesakit yang berpuasa dan menerima rawatan suntikan di mana ubat boleh diambil di waktu malam. Dalam hal ini suntikan ubat tidak membatalkan puasa. Bahkan pesakit boleh terus berpuasa walaupun dia dimasukkan air sodium chloride atau darah di hospital atas sebab-sebab kesihatan. Memasukkan bahan-bahan berkenaan berbeza dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang sudah tersedia.

Berkaitan dengan isu ini ialah rawatan penyakit mata seperti konjunktivitis. Terdapat di dalam rawatan moden dan homeopati di mana ubat diberi dengan cara menitiskan airnya ke dalam mata. Sekiranya rawatan ini dilakukan, jelas sekali ia membatalkan puasa kerana ia melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Bagi mereka yang mengidap penyakit-penyakit serius, keadaan yang menyebabkan mereka tidak boleh berpuasa mungkin disebabkan mereka terpaksa mengambil ubat-ubatan di dalam waktunya (termasuk sebelah siang) atau kemudaratan yang mungkin timbul kerana keadaan tubuh yang lemah atau berpenyakit. Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan sama ada mereka harus berpuasa atau tidak, perlulah si pesakit itu mendapat pandangan doktor dan ahli agama.

Di antara penyakit-penyakit serius mungkin termasuk pesakit jantung, pengidap AIDS, kanser, kencing manis, buah pinggang, epilepsi, asma, gastrik yang teruk, pendarahan dan lain-lain lagi. Komplikasi mungkin berlaku sekiranya mereka berpuasa berterusan selama sebulan. Umumnya mereka diberi keringanan meninggalkan puasa dengan menggantikannya pada bulan yang, melainkan mereka yang tidak boleh berpuasa langsung.

Kemungkinan memperoleh rawatan alternatif yang membolehkan seseorang itu berpuasa juga harus ditimbang sekiranya rawatan itu dapat membantu dan dapat memperbaiki keadaan kesihatan. Agama Islam tidak pernah membezakan di antara apa jua sistem rawatan yang wujud hari ini selagi ianya berkesan, tidak menyalahi akidah dan boleh membantu pesakit menjalani urusan harian atau beribadat. Kepercayaan bahawa setiap cabang ilmu itu datangnya daripada Allah subhanahu wa ta’ala adalah penting dalam memahami prinsip toleransi dalam memilih kaedah rawatan yang sesuai.

Seperkara lagi ialah berkaitan dengan prosedur diagnosis. Di dalam amalan perubatan moden terdapat bentuk-bentuk diagnosis yang mungkin membatalkan puasa. Sementara sebahagian daripada diagnosis itu pula boleh diatur terlebih awal. Di dalam hal ini, pesakit boleh merancang tarikh dan waktu diagnosis dengan doktor sekiranya kaedah diagnosis itu boleh membatalkan puasa.

Sebagai contoh ujian gastroskopi (gastroscopy), sigmoidoskopi (sigmoido-scopy) atau kolonoskopi (colonoscopy) adalah di antara kaedah diagnosis yang boleh membatalkan puasa. Sekiranya keadaan penyakit tidak mendesak, diagnosis boleh ditangguhkan atau dilakukan selepas bulan Ramadhan. Tetapi bagi kes-kes yang serius dan memerlukan tindakan segera, pesakit tidak harus menangguhkan temujanji yang telah dibuat. Puasa perlulah diganti pada hari yang lain.

Oleh kerana puasa merupakan suatu ibadat yang dijalankan untuk suatu jangka masa yang panjang, bukan sahaja persediaan rohani dan mental pesakit perlu kuat. Keadaan fizikalnya juga mesti kuat dan berdaya tahan. Kita selalu sebut bahawa salah satu implikasi positif puasa ialah dari segi memberi kerehatan yang cukup kepada sistem pencernaan. Demikian juga kepada anggota lain yang berhubungan secara tidak langsung. Ini ada benarnya.

Namun tanpa penjagaan kesihatan yang sempurna atau sikap mengambil berat terhadap pemakanan, seseorang boleh mengundang pelbagai penyakit di bulan puasa. Di antaranya ialah keracunan, cirit-birit dan taun. Ini berlaku kerana orang yang berpuasa memakan pelbagai jenis makanan dan membeli di gerai-gerai yang pemiliknya tidak peka tentang kebersihan. Lagi pun sebahagian daripada penjual di bulan puasa itu bukannya pernah menjadi peniaga melainkan di bulan puasa sahaja.

Selepas berlalu puasa selama beberapa hari, kerapkali ada pula aduan lain. Ini biasanya timbul daripada mereka yang mengalami masalah sembelit. Sememangnya sembelit merupakan satu masalah kesihatan yang lumrah, khususnya di bulan puasa. Ini berlaku apabila seseorang itu kurang meminum air dan alpa untuk mengambil makanan yang mengandungi serat. Sebaliknya makanan yang manis-manis sahaja yang dikejar sebagai juadah berbuka puasa.

Salah satu drama yang biasa menjadi buah mulut ialah serangan gastrik. Tetapi sebenarnya gastrik bukanlah sesuatu yang pelik. Oleh kerana pertukaran jadual makan, khususnya pada awal bulan puasa, memanglah ada orang yang perutnya sensitif akan merasa pedih bila tiba tengah hari. Kebanyakan individu menjadi biasa selepas beberapa hari. Bagi mereka yang tidak tahan dengan situasi berkenaan, terdapat beberapa kaedah untuk menghalang serangan sakit perut atau gastrik yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh asid dalam perut. Di antaranya ialah dengan mengambil beberapa penawar homeopati dan biokimia tertentu.

Penyakit-penyakit lain yang kerap ditemui di sepanjang bulan Ramadhan ialah tonsilitis, syanker mulut, sakit kerongkong, batuk, selsema dan lain-lain. Ia boleh menyerang dengan mudah di bulan puasa bagi individu yang tidak peka dengan amalan kebersihan, makanan seimbang dan kesihatan. Apa lagi bagi mereka yang sudah sedia ada penyakit yang dihidapi secara berterusan.

Wanita yang hamil juga biasa mengalami masalah untuk meneruskan puasa. Masalah tersebut mungkin berkait dengan kesihatan diri ataupun bayi di dalam kandungan. Mereka yang mendapat alahan teruk ketika hamil seperti loya, muntah, sakit perut dan krem harus mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Bagi wanita hamil, Islam telahpun menetapkan kaedah-kaedah tertentu yang mengizinkan ibu-ibu meninggalkan puasa dan menggantikannya di kemudian hari.

Bagi semua individu muslim, mustahak diingatkan bahawa setiap individu harus mengambil jumlah air minuman yang mencukupi di bulan puasa. Kurangkan amalan mengambil terlalu banyak minuman dan kuih-muih yang manis. Sebaliknya banyakkan meminum air suam atau air masak. Begitu juga, janganlah terlalu gelojoh dengan menyumbat sebanyak mungkin makanan sewaktu berbuka puasa.

Adalah berfaedah sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan merokok. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Buah-buahan seperti khurma, buah tin, prun dan limau amat baik dijadikan sajian berbuka puasa dan bersahur sebelum memakan nasi. Makanlah secukupnya di samping memberi ruang untuk kita bernafas dengan selesa.

Bagi mereka yang merasa makanannya tidak membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi, ada baiknya mengambil pil-pil tertentu seperti tablet vitamin B2, vitamin C dan multivitamin ataupun multimineral. Beberapa panduan lengkap berkaitan pemakanan boleh dirujuk kepada pakar pemakanan dan kesihatan maupun hospital.

Tuesday, July 21, 2009

Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian




Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak?

Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika berbual. Suka hati kita nak cakap apa..

Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita.

Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif.

Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita.

Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam setiap perbualan seharian.

Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan perbuatan orang lain.

Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin, sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang mungkin!

Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan.

Tukar “kalau” menjadi “bila”.

Tukar “mustahil” kepada “boleh jadi”.

Tukar “boleh buat ke? boleh berhasil ke?” kepada “Saya percaya saya boleh buat! Apa peluang yang saya ada?”. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan ada harapan untuk berusaha.

Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan…

Aku boleh, sememangnya boleh!
Aku mahu cuba!
aku ada peluang untuk berjaya!
Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang!
Aku mau buktikan!

Sunday, July 19, 2009


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir."Nak apa?!"Dia terketar terkejut, sedikit berundur."Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya."Kenapa ni? Gila?!""Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus." Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas."Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki."Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.Moral :" jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat " renungkan..

Thursday, July 16, 2009



aku xtau nak cayer ker tak yang nih.. tapi korang cuba la.. ok

Thursday, July 9, 2009

Mengambil iktibar daripada pengembaraan




KATAKANLAH (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul itu). (al-An'am: 11)

HURAIAN
Penjelajahan dan pengembaraan di muka bumi dengan tujuan meninjau, memerhati, merenungi dan mengambil iktibar dengan tujuan mengenal sunnatullah yang terlukis di dalam peristiwa-peristiwa dengan kesan-kesan sejarah yang nyata dan terpampang di tempatnya amat dituntut.

Pengembaraan dan kebenaran yang disaksikan sendiri oleh mata melihat kesan-kesan sejarah ini akan lebih memberi kesedaran dan keinsafan kepada umat Islam.

Umat Islam akan lebih berhati-hati agar peristiwa dan bala bencana yang menimpa umat-umat nabi terdahulu tidak mengenai mereka.

Penjelajahan dan pengembaraan pada masa kini juga perlulah mengikut satu metodologi yang baru yang bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai satu didikan kepada umat Islam. Program tersebut akan membantu membawa dan memimpin umat Islam dari keadaan jahiliah ke mercu kejayaan.

KESIMPULAN
Umat Islam digalakkan mengembara dan menjelajah di seluruh pelosok muka bumi Allah ini untuk melihat kesan-kesan sejarah balasan terhadap umat-umat nabi dahulu kala yang mendustakan rasul-rasul mereka dan mengambil pelajaran daripadanya.

Selain itu, program pengembaraan dan penjelajahan ini akan membawa umat Islam ke mercu kejayaan sekiranya mereka melaksanakannya berdasarkan landasan yang betul iaitu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Tuesday, June 30, 2009

sapa betul ?

Pada suatu hari,Di kelas tingkatan satu AnakSOleh....Cikgu memasuki Kelas Tersebut Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kataselamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapanini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

7 pahala selepas mati

Dari Anas r.a. berkata Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapatditerima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanyaselagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.2
. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yangminum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagiada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yangmenggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yangmemakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama iadiamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianyaselalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orangyang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkanajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telahbersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilahamalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Monday, June 29, 2009

kembara meniti kehidupan...



ha.. tgok gambar tu betul-betul.. korang teka la aku kat mana.. ha betoi2 pandainyer.. yup aku ngan member aku kat Pantai Kerachut , Pulau Pinang.. hek3 sapa yang dah datang sini?? angkat ibu jari kaki sebelah kanan.. hak3 uih ramai upanya.. bagus-bagus.. hurm kepada mereka yang belum pernah sampai.. Pantai Kerachut nih sebenarnya terletak dalam Kawasan Taman Negara Pulau Pinang.. kalau nak tau lebih lanjut ha.. buka laman web nih hak3 "http://www.penang-vacations.com/penang-national-park.html

Sunday, June 28, 2009

Petua oh petua

MASYARAKAT Melayu pada zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan dalam meneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang.

Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dietakkan kerana mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain darpada penerokaan hutan untuk dijadikan kampung halaman, masyarakat dahulu juga begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu. Masyarakat Melayu menganggap bahawa hutan mempunyai semangat yang keras. Selain didiami oleh binatang-binatang buas, hutan juga didiami oleh berbagai jenis jembalang, pari-pari dan mambang.

Kumpulan syaitan ini dipercayai mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran kepercayaan tersebut, maka masyarakat Melayu pada zaman dahulu beranggapan perlu mengadakan upacara khas bagi mereka yang akan pergi ke hutan untuk mencari rotan, damar, kayu, buluh, akar kayu dan sebagainya atau untuk membuka tanah baru.

Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa berada di dalam hutan. Melalui proses ini dipercayai bahawa gangguan daripada kuasa-kuasa ghaib akan berkurangan atau tiada sama sekali.


HUBUNGAN MANUSIA DENGAN HUTAN

Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek.

Manusia memerlukan kayu-kayan dan hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia. Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masberterusan dilakukan oleh manusia.

Terdapat beberapa sebab dan kepentigan masyarakat Melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, hanya sekadar untuk kegunaan membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dalam penerokaan hutan ialah untuk mencari damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu dan menangkap ikan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Rotan perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum. Buluh pula digunakan untuk membuat bubu atau lukah dan sebagainya.
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut. keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada manusia.

Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperolehi dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada manusia untuk ramuan membuat ubat.

Penerokaan manusia ke dalam hutan juga dilakukan bagi tujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh manusia untuk memperolehi sesuatu daripada hutan.

Dengan kata lain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah mempunyai berbagai petua yang patut dipatuhi demi menjaga kesejahteraan mereka ketika berada di dalam hutan.


KEPERCAYAAN BERHUBUNG DENGAN HUTAN

Umumnya manusia menganggap hutan sebagai tempat tinggal berbagai-bagai jenis binatang liar, jin dan jembalang. Warisan pemikiran masyarakat Melayu dikuatkan dengan beberapa dakwaan yang kononnya jika tidak mengikut adat atau tertib ke hutan, seseorang yang meneroka hutan akan ditimpa kesulitan seperti sesat di dalam hutan atau diresapi kuasa ghaib dan sebagainya.

Selain daripada menjadi tempat tinggal kumpulan syaitan, hutan juga merupakan daerah tempat pemasungan hantu. Dalam masyarakat Melayu, pawang adalah orang yang disegani. Kawasan hutan yang belum diterokai juga dianggap keras dan mempunyai berbagai-bagai rahsia dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu kawasan-kawasan ini jika hendak diterokai haruslah melalui adat-adat yang tertentu. Maka atas anggapan dan kepercayaan ini, masyarakat Melayu pada masa dahulu telah membuat beberapa peraturan yang dikenali sebagai adat ketika berada di hutan.

Seperti disebutkan tadi, hutan rimba merupakan daerah atau tempat tinggal berbagai jenis binatang yang berbahaya kepada manusia. Binatang-binatang seperti ayam hutan, kambing gurun,badak sumbu dan sebagainya dikatakan mempunyai badi. Sekiranya seseorang cuba menembak binatang tersebut, maka dipercayai badi binatang itu akan menghinggapinya. Manusia yang terkena badi biasanya akan ditimpa kesulitan seperti sakit meracau, gila dan sebagainya.

Sebagai jalan untuk mengelakkan manusia yang pergi ke hutan daripada terkena badi tersebut, maka beberapa peraturan tertentu diwujudkan. Peraturan inilah yang dikenali sebagai adat ke hutan.


PERATURAN UPACARA

Bahan-bahan tempatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan adat atau petua ke hutan ini. Bahan-bahan kegunaan harian seperti limau nipis, daun kelapa, bertih adalah keperluan asas yang penting.

Di dalam perlaksanaan adat ini bahan-bahan seperti limau nipis, telur, bertih, sirih sekapur, kemenyan dan penunggal diperlukan. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan untuk upacara sajian pada peringkat permulaan melaksanakan adat ini. Kegunaan terhadap bahan-bahan ini ditentukan oleh pawang.

ADAT PERMULAAN KE HUTAN

Masyarakat Melayu mengamalkan adat dan petua tertentu untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Mereka percaya ia adalah suatu perkara yang baik dan patut diamalkan. Terdapat beberapa adat yang masih terus kekal hingga ke hari.

Bagi adat permulaan ke hutan, beberapa peringkat harus dilakukan demi mendapat kesejahteraan yang sewajarya. Adat ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu. Pengenalan adat atau permulaan ke hutan ini akan dilakukan oleh mereka yang akan ke hutan.


Pemilihan Hari
Masyarakat Melayu masih lagi mempercayai kelebihan sesuatu hari bagi melakukan sesuatu upacara. Bulan atau hari yang dikira dalam hal ini ialah mengikut tahun Hijrah. Hari yang kurang baik untuk masuk ke hutan ialah har Selasa akhir bulan Melayu,dan tujuan berkenaan haruslah dielakkan.

Hari yang baik untuk melakukan upacara seumpama ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari-hari tersebut dipercayai mendatangkan manfaat yang lebih. Waktu yang baik bagi melaksanakan adat ini ialah pada sebelah pagi.

Pada peringkat permulaan jika seseorang itu hendak ke hutan, dia perlu menjemput pawang untuk melaksanakan adat sajian itu. Upacara adat sajian ini diadakan sebagai suatu persembahan kepada penunggu hutan. Sebuah dulang yang telah diisikan dengan segala peralatan yang berkaitan perlu disediakan.

Apabila segala peralatan tersebut telah disediakan, maka pawang akan menjampinya. Ini bertujuan menghalau atau menjauhkan hantu dan segala bahaya yang ada di dalam hutan. Upacara ini dilakukan di atas rumah.

Setelah sajian itu dijampi oleh pawang, dia akan melakukan upacara pancak penunggal pula dan semua peralatan dibawa kehalaman rumah. Orang yang akan meneroka atau yang akan masuk ke hutan pula akan diberi pinang sepiak, iaitu pinang yang telah dijampi. Segala peralatan tersebut kemudiannya diletakkan
pada suatu tempat khas, iaitu pada pangkal pokok atau sebagainya, kecuali sebiji limau nipis yang akan diambil oleh pawang. Limau yang telah diambil oleh pawang tersebut akan diberikan kepada orang yang akan ke hutan sebagai 'pengeras semangat'. Kononnya syaitan takut kepada bau limau itu.

PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN

Terdapat beberapa petua yang patut menjadi ingatan kepada mereka yang akan ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula turun ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.

Permulaan Turun ke Hutan
Andainya seseorang yang baru turun dan rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.

Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahhim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.

Bersiul Semasa Dalam Perjalanan
Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. Ia dipercavai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahava.

Melaung Semasa di Hutan

Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.

Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.

Berburu Binatang

Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu. Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.

Tidur di Atas Pokok

Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah

teruskan mengembara....


perancangan Sebelum mengembara

Makanan

Jenis makanan yang dibawa amat bergantung kepada jangka masa sesuatu perjalanan. Ia boleh di katagorikan kepada tiga bahagian atau bentuk iaitu makanan kering, makanan basah atau makanan dalam tin. Memasak di dalam hutan sepatutnya dilakukan dengan mudah, cermat dan selamat samada menggunakan kayu api, lilin memasak atau dapur gas.

Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan berbanding dengan makanan yang lain. Dapur gas mudah alih (Butane Stoves) dan mess tins merupakan alatan berbagai fungsi (sebagai kuali, periuk ,pinggan atau cerek) dan ianya agak ringan dan mudah di bersihkan. Makanan yang kaya dengan tenaga seperti coklat bar, kentang goreng, nestum atau oat merupakan makanan segera yang amat mudah dibawa dan dimasak. Bila berkembara jangan terlalu memikirkan keselesaan kerana setiap perjalanan pasti ada pahit manisnya & pengalaman akan menjadikan kita lebih dewasa. Sentiasa sematkan didalam minda akan motto utama kembara iaitu ” Lebih Sukar Lebih Mencabar”. Nah ! ianya menggambarkan segalanya.

Peralatan

Membawa barang-barang yang perlu merupakan langkah yang paling utama. Adalah penting untuk membawa barangan ringan untuk menikmati keseronokan pengembaraan akan tetapi anda perlu juga memikirkan peralatan kecemasan. Kebanyakkan pengembara yang kurang berpengalaman, cenderong membawa barangan yang tidak begitu diperlukan yang hanya akan menambah berat bag masing-masing. Adalah tidak perlu untuk membawa peralatan bersolek atau minyak wangi didalam hutan, bedak antiseptik (antiseptik talc) sudah memadai. Berat yang minimum merupakan objektif utama.

Sekiranya anda mengembara didalam satu kumpulan, perancangan adalah amat penting supaya tiada barang yang sama dibawa didalam kumpulan tersebut. Ketua kumpulan seharusnya tegas dalam menentukan barangan yang akan dibawa untuk memastikan berat setiap ahlinya berada didalam kadar yang paling minimum.

Peti Bantuan Kecemasan (First Aid Kits)

“Don’t leave home without it” itulah rangkap kata yang sering kali dikaitkan dengan peti bantuan kecemasan apabila anda bercadang untuk berkembara. Memang benar tiada siapa yang inginkan kecelakaan tetapi mengambil tindakan berjaga-jaga adalah salah satu cara menghindarinya. Dalam setiap kumpulan atau individu yang ingin berkembara adalah diharuskan membawa sekurang-kurangnya 1 peti bantuan kecemasan. Memadai dengan beberapa tablet panadol, minyak sapu, pil cirit birit, minyak cap kapak, kapas dan beberapa ubat-ubatan yang dirasakan perlu. Tentukan bekas peti bantuan kecemasan anda tidak mudah diresapi air, jalan selamat ialah dengan membalut peti anda dengan plastik.

Apa yang perlu dibawa untuk pergembaraan dalam masa sehari:

Air yang mencukupi, makanan ringan dan sedikit alat pertolongan cemas. Ini adalah barangan yang diperlukan sekiranya anda mengetahui kawasan yang anda ingin terokai. Akan tetapi sekiranya tempat tersebut agak baru bagi anda, adalah dinasihatkan supaya anda membawa sedikit makanan berat seperti roti sebagai makanan sokongan sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan anda terpaksa bermalam di dalam hutan. Peralatan utama seperti mancis api,lampu suluh, pisau dan baju hujan juga perlu di bawa untuk menghadapi kemungkinan diluar jangkaan.

Untuk pengembaraan yang melebihi dua hari:

Peralatan asas mandian, pakaian yang secukupnya, makanan, botol air, lilin memasak, mess tin, ground mat, khemah, lampu suluh, selipar, baju hujan( poncho), mancis api, pisau atau parang, kompas dan alatan bantuan kecemasan (ubat-ubatan) merupakan barangan yang perlu dibawa.

Alatan Tambahan:

Dapur gas mudah alih (gas storve ), lampu pelita( gas/ minyak/lantern) dan tali merupakan alatan tambahan yang diperlukan sekiranya kawasan yang anda akan terokai itu agak merbahaya.

Berjalan

Teknik berjalan didalam hutan agak sukar dipelajari melalui membaca, anda seharusnya boleh belajar hanya melalui pengalaman sendiri. Pengembara berpengelaman sekalipun boleh melakukan kesilapan.

Rancang perjalanan supaya anda dapat menentukan rentak (kelajuan) berjalan ,tahap kecergasan dan keupayaan anda. Jangan sekali kali cuba untuk berlumba sesama sendiri semasa berjalan kerana ini akan menganggu tumpuan anda terhadap jalan yang anda lalui. Cuba untuk tidak memijak batu, kayu mati, akar atau lumpur semasa berjalan. Lakukan senaman memanaskan badan terutamanya bahagian kaki sebelum melakukan perjalanan kerana ini akan melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan kekejangan otot, disamping menggurangkan senggal/lengguh badan. Kebiasaanya senggal/lengguh badan akan mula terasa 1-2 hari selepas selesai berkembara. Untuk menggurangkan rasa sakit, senggal atau lengguh badan, makan dua biji panadol selepas sahaja selesai penggembaraan.

Jangan sekali kali merasa terkejut dengan keadaan laluan/jalan, anda seharusnya sudah bersedia menghadapi sebarangan keadaan yang diluar jangkaan. Bertenang dan cuba menikmati keindahan hutan semulajadi disekeliling anda. Berjalan dengan perlahan tetapi berterusan akan menggurangkan kepenatan. Berjalan pantas kemudian berehat panjang kurang baik untuk tubuh anda . Berhenti rehat dalam jangka waktu 5 minit adalah amat memadai (jangan sampai peluh kering). Adalah dinasihati supaya terus berjalan semasa badan anda masih panas.

Jangan minum air terlalu banyak semasa berjalan kerana ini akan membuat badan anda berat dan melambatkan pergerakan, namun begitu anda digalakkan meminum air dalam kuantiti yang rendah selang 20 minit berjalan bagi mengelak badan anda dari kehilangan air (dehydrated) keesokkan harinya.

Elakkan minuman bergas kerana ini akan menggangu perut anda dan mengakibatkan pening kepala dan loya tekak. Bagi wanita yang memakai tudung, pastikan anak tudung yang di gunakan dalam keadaan longgar dan selesa. Anak tudung yang ketat akan mencengkam kulit kepala dan ini serba sedikit akan membataskan pergerakan darah dan secara langsung akan mengakibatkan pening/sakit kepala.

Menyeberangi sungai memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan. Jangan sekali kali memegang bag kawan anda semasa menyeberangi sungai kerana sekiranya terjatuh anda akan menarik sekali kawan anda . Ini amat merbahaya sekiranya sungai yang cuba anda seberangi agak dalam, memegang tangan adalah cara yang paling selamat. Jangan beranggapan sungai yang cetek tidak ada bahayanya. Jika sungai yang hendak diseberagi berarus deras , rentangkan tali diantara dua tebing (depan/belakang) bagi memudahkan proses menyeberang. Pegang tali dengan kemas dan pastikan hanya 2 atau 3 orang menyeberang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan tali menjadi terlalu tegang yang boleh mengakibatkan tali terputus atau terbuka ikatannya. Bukakan tali bag yang merangkungi pinggang anda sebelum menyeberangi sungai. Sekiranya anda terjatuh atau tergelincir, anda hanya perlu melepaskan bag tersebut sebelum anda dihanyutkan oleh arus sungai.

Anda tidak digalakkan menyeberangi sungai dengan menggunakan kasut, gunakan sandal. Kasut dan stokin yang basah akan menggangu perjalanan anda dan juga akan mengakibatkan kaki anda mudah luka/melecet dan ini tentunya tidak menyelesakan anda. Anda juga sama sekali tidak dibolehkan menyeberangi sungai tanpa memakai alas kaki (kasut/sandal/ selipar), tiada siapa yang tahu apa yang ada didasar sungai dan untuk keselamatan anda gunakan alternatif lain jika keadaan memaksa.

Kebersihan

Cuba sedaya upaya untuk mandi setiap hari kerana ini akan mengelakkan ruam atau setidak- tidaknya lap tempat-tempat yang mudah berpeluh seperti dibawah ketiak menggunakan kain basah sebelum anda tidur. Jangan sekali-kali meninggalkan barangan asing yang tidak mudah hancur di dalam hutan seperti bag plastik dan puntung rokok kerana ia akan mencemarkan kawasan tersebut. Bawa keluar semua sampah selepas anda selesai pengembaraan. Adalah lebih baik menggunakan plastik sampah yang tebal untuk mengelakkan dari pecah semasa anda membawanya. Sampah yang mudah hancur hendaklah ditanam di dalam lubang sedalam (sekurang-kurangnya ) setengah meter supaya ia mudah hancur dan mengelak dari mencemari kawasan tersebut. Jangan biar tin-tin kosong berselerakan. Untuk mudah dibawa ketuk tin hingga leper dan masukkan kedalam plastik sampah atau beg anda.

Lubang sedalam setengah meter juga sesuai dijadikan tandas kerana ia mudah di timbus semula selepas digunakan. Ingat jangan jadikan sungai sebagai tandas vip anda. Jangan sekali-kali mencemari sungai, bertimbang rasa lah kepada pengguna lain.

Kebanyakan air sungai yang bebas menggalir didalam hutan boleh diminum terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya air tersebut dimasak untuk mengelakkan jangkitan kuman leptospirosis ( akibat dari air kencing tikus). Jangan abaikan kesihatan anda ketika berkembara.

Saiz kumpulan

Saiz kumpulan/peserta adalah bergantung kepada tempat yang anda ingin jelajahi . Sekiranya tempat yang anda tuju itu lengkap dengan kemudahan asas dan perjalanannya agak dekat , jumlah peserta yang besar tidak menjadi halangan. Akan tetapi sekiranya tempat yang anda tuju itu jauh ke dalam hutan yang mengambil masa yang lama untuk sampai, kumpulan seramai 10 hingga 12 orang amat sesuai kerana ianya agak mudah dikawal. Saiz kumpulan yang besar sekitar 40 hingga 50 orang agak sukar di kawal dan ini akan mudah merosakkan kawasan hutan yang dilalui.

Jurupandu juga banyak bergantung kepada saiz kumpulan tersebut. Sekiranya kumpulan yang besar beberapa orang jurupandu mungkin diperlukan. Adalah dinasihati supaya anda mempunyai sekurang-kurang dua orang jurupandu atau orang yang mengetahui selok belok tempat yang dituju supaya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini kepada jurupandu, anda masih mempunyai seorang lagi jurupandu untuk membawa anggota kumpulan anda keluar atau meminta bantuan.

Ancaman Bahaya

Amat banyak tetapi selalunya boleh dielak. Binatang buas selalunya tidak akan menyerang manusia melainkan ia diancam terlebih dahulu. Cuba elak dari tempat yang dikenal pasti terdapat harimau, gajah atau buaya. Maklumat seperti ini boleh didapati dari pejabat perhutanan atau balai polis yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin tuju . Minta nasihat dari pihak berkuasa tempatan sebelum anda melangkah ke sesuatu kawasan hutan. Kebiasaannya pihak perhutanan atau renjer ada memantau pergerakkan binatang buas di kawasan jagaan mereka.

Ular dapat merasa getaran apabila ada musuh menghampiri dan selalunya ia akan menjauhkan diri. Jangan sekali-kali cuba menggali lubang yang terdapat di dalam hutan dikhuatiri ianya adalah sarang kepada ular yang berbisa. Sekiranya anda ingin menggali lubang untuk di jadikan lubang sampah, gali lubang baru atau jauh dari lubang yang anda temui itu. Beruang selalu nya tidak akan menggangu manusia tetapi ia boleh menjadi agrasif sekiranya terkejut dan berkemungkinan menyerang sekiranya terserempak dengan anda.

Kala Jengking, halipan, lebah dan ulat bulu beracun adalah diantara banyak serangga yang biasa di temui di hutan. Sengatan mereka agak menyakitkan tetapi agak kurang bahaya. Tetapi kepada mereka yang alah kepada racun serangga ini boleh mengakibatkan gatal gatal atau mungkin mengakibatkan kematian. Mengambil pil Anti-histamine atau epinephrine jab merupakan langkah berjaga-jaga yang baik. Untuk mengelakkan dari serangga ini memasuki khemah taburkan sedikit garam atau belerang di sekeliling khemah anda.

Pacat juga merupakan satu ancaman . Gigitan pacat boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan tetapi ianya tidak membahayakan. Ianya akan menyebabkan rasa gatal yang berpanjangan dan mungkin akan menyebabkan kudis sekiranya tidak di rawat dengan ubat anti-septik.

Di sesetengah kawasan, demam malaria merupakan ancaman yang agak merbahaya. Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil pil anti-malaria satu minggu sebelum, memulakan pengembaraan terutama pengembaraan yang memerlukan anda tinggal di dalam hutan lebih dari seminggu. Adalah lebih baik menghindari kawasan pembiakan nyamuk (sekiranya anda mempunyai maklumat terlebih dahulu) atau anda boleh juga menggunakan krim pencegah serangga. Sentiasa tutup (zipped-up) khemah sepanjang masa untuk mengelakkan dari nyamuk atau serangga memasukinya.

Batu adalah merbahaya. Kebanyakkan kasut akan menggelonsor di atas batu yang basah. Walaupun kecil batu adalah sangat licin. Sekiranya anda tergelincir, ianya boleh menyebabkan kemalangan. Berhati-hatilah semasa melangkah terutama di kawasan berbatu dan berair.

Alur sungai juga boleh bertukar menjadi sungai yang besar sekiranya terdapat hujan di hulu. Anda mungkin menyeberang alur sungai beberapa jam sebelumnya tetapi ianya mungkin bertukar menjadi sangat deras dan ganas dalam masa beberapa minit sahaja. Banjir kilat adalah fenomena yang biasa di hutan terutama di kawasan hutan hujan tropika seperti terdapat di Malaysia. Banjir kilat boleh meghanyutkan kayu balak yang besar dan sangat merbahaya sekiranya anda berada di laluan sungai tersebut. Jangan sekali kali anda berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai, anda mungkin dihanyutkan air semasa sedang tidur.

Jangan bergerak sendirian ketika didalam hutan. Jika anda ingin mandi, membuang air kecil/besar atau menikmati keindahan hutan jangan pergi bersendirian. Tentukan anda membawa rakan anda bersama dan memaklumkan pergerakan anda kepada ketua kumpulan dan memberitahu kemana, berapa lama dan siapa bersama anda. Ini akan memudahkan mereka mengesan anda jika sesuatu hal terjadi. Jika anda keluar bersendirian tanpa pengetahuan rakan-rakan tentulah menjadi sukar jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada anda. Walau apa pun yang anda lakukan sentiasa fikirkan keselamatan diri dan kumpulan anda.

Sebelum anda memulakan pengembaraan, adalah perlu melaporkan kumpulan anda kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak polis yang berdekatan. Ini untuk memastikan ada pihak yang mengetahui pergerakan kumpulan anda sekiranya berlaku sebarang pekara yang tidak dingini. Dan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut lapur diri semula di pejabat yang anda buat sebelum ini.

Sekiranya anda tersesat, jangan sekali-kali panik. Persiapkan diri atau kumpulan anda untuk bermalam di kawasan yang anda fikir sesuai dan selamat. Jangan cuba untuk mencari jalan keluar kerana mungkin anda akan tersesat lebih jauh lagi. Adalah mudah bagi menemui anda sekiranya anda diam di satu tempat dari anda meneruskan perjalanan. Nyalakan unggun api supaya mudah di kesan dari udara. Sekiranya anda terpaksa meninggalkan tempat itu cuba ikut aliran sungai dan meninggalkan (tanda) jejak anda supaya mudah di kesan oleh pasukan pencari atau sekiranya anda terpaksa berpatah balik.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ketua kumpulan adalah di galakkan untuk menyediakan satu wisel kepada setiap ahli dalam kumpulannya. Pastikan wisel berada dekat dengan anda (gantungkan di leher). Jika anda tersesat, tiup wisel sekerap mungkin. Tentunya rakan-rakan yang sedang mencari akan dapat mengesan bunyi wisel anda. Seperti selalunya beringat sebelum terlambat.

Tidak dinafikan banyak yang anda perlu ingat. Akan tetapi sekiranya anda selalu berkembara kedalam hutan, pengalaman akan mengambil alih tugas tersebut. Setengah pengetahuan itu hanya boleh di timba melalui pengalaman, jadi apa di tunggu lagi…. Jom kita ke Hutan!